Tiba2 mempunyai keinginan yang kuat untuk beriklan di mudah.my selepas membaca entry blogger ini. Maka bermulalah episod beriklan dengan berbekalkan tips ini dari beliau:
"Tips pertama untuk post di mudah.my : pastikan anda letak nama yg spesifik untuk baju yang ingin di post. Selamat beramal.. :-)"
Selepas isi apa yang patut, dan betulkan baaanyaaakk kesilapan yang tak diterima oleh mudah.my (seperti blh, facebook, FB dll) ingatkan boleh tarik nafas lega. Rupa-rupanya iklan tersebut masih tidak diterima. Edit lagi buang apa2 yang dirasakan tak diterima..
Cek email lagi, masih tak berjaya. Edit lagi. cek email lagi, masih tak berjaya. Edit lagi. cek email lagi, masih tak berjaya. Edit lagi. cek email lagi, masih tak berjaya. Edit lagi. Cek, edit, cek edit..... Adoiiiii, berapa kali nak kena edit la. Penat dah rasa. 4 iklan yang saya cuba post, satu INI shj yang lepas setelah beberapa kali edit :(
Betullah apa yang beliau katakan "dulu senang, tak macam sekarang ada beberapa perkataan yang tak diterima oleh pihak Mudah.my untuk tajuk ayat dengan description barang yang nak dijual".
Hm, nampaknya saya kena survey dulu iklan2 yang sedia dipost di mudah.my untuk tahu gaya ayat yang dbenarkan. Owh, one more approved HERE, alhamdulillah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 000 org yg bertuah:
Post a Comment