Thursday, February 21, 2013

Tempoh masa menang SSP Draw BSN

Sebenarnya xde mood nak buat entry, tapi disebabkan satu permintaan dari Anonymus, ku gagahkan jua.. Rentetan dari entry Fakta yang perlu anda tahu tentang Cabutan Sijil Simpanan Premium.

Saya mula terjebak dengan SSP ini ialah pada 5 Februari 2010. Ex-officemate yang ajak join, tak rugipun katanya. Disamping menyimpan, kita berpeluang untuk menang hadiah setiap bulan. Minimum RM10, dan boleh keluarkan balik RM10 tu bila-bila masa (fakta: sebulan selepas tarikh join baru boleh keluarkan - kalau saya tak silap). Sounds great kan.

Selepas join, saya dapat sekeping kertas ala-ala cek yang bertulis SIJIL simpanan premium berjumlah RM10 seperti gambar ini (pinjam gambar sat noooo sape punye gambar ni)

Saya masuk RM10 je hihi. Lagipun hujung bulan tu dah nak berhenti kerja, bulan Mac nak buat walimatul urus. Mana nak cekau fulus masuk banyak2 kan.

LAMA selepas itu, adik telefon beritahu surat BSN sampai kat rumah (Ipoh, Perak), menang RM100 sebanyak 10 unit.. jumlahnya RM1000...? WOW hahahha. Lantas saya meminta adik pos surat tersebut ke alamat baru saya (Banting, Selangor). Kecewa sedikit apabila surat tu sampai, rupa2nya menang RM100 je. 10 unit tu bermaksud menang RM10 sebanyak 10 kali, jumlah RM100. Faham tak?

Selepas kemenangan kecil itu, tiba2 akaun Maybank saya banyak duit. TIGA RIBU LEBIH. Cek duit masuk, dia tulis CR PYMT SAFE BATCH. Pening jugak fikir dapat duit dari mana, akhirnya dapat jawapan. Klik sini untuk baca duit apa yang masuk tu ^^

Dengan duit itu, pada 17 Februari 2012 saya masuk lagi SSP dengan jumlah RM2500. Rugi tak masuk RM3000 kan, tapi kami memang nak guna RM500 masa tu isk3x.. Di kaunter, pegawai BSN yang cantik manis tu tanya "jumlah ni layak masuk Special Edition SSP. Tapi 6 bulan baru boleh keluar. Keuntungan 2%. Macam mana?"

Husband setuju sebab kami memang tiada rancangan untuk gunakan duit tu dalam 6 bulan akan datang. So selesailah akad persetujuan dan kami hanya mendapat kertas nipis bercetak... uhuk3x.. tapi tetap SAH sebab jumlah yang dicetak tu betul, ada tandatangan, bla3x...

Kemudian berlakulah kisah kemenangan seperti yang saya telah ceritakan di SINI. Ha, baca la semula kalau dah lupe hihihi.

Rumusan:

  • 05 Feb 2010 - join RM10 - no. sijil: 12345 (1 unit x RM10)
  • 25 Ogos 2012no. sijil: 12345 menang SSP hadiah ke 5 RM100 - dapat no. sijil: 67892 hingga 67901 (10 unit x RM10)
  • 17 Dec 2012 - join RM2500 - no. sijil: 87664 hingga 87913 (250 unit x RM10)
  • 29 Dec 2012 - no. sijil: 87830 menang SSP Extra Draw hadiah ke 2 RM500 - dapat no. sijil: 98723 hingga 98772 (50 unit x RM10)

Ha, cerita saya ni menjawab soalan tak? Soalannya: berapa lama masa yang diperlukan untuk menang SSP Draw?

Nak tips bagaimana untuk menang SSP dengan mudah? Nantikan entry seterusnya hihi


6 000 org yg bertuah:

Anonymous said...

terima kasih ye, walaupun tak de mood, sanggup jua memenuhi permintaan saya.. terima kasih banyak2 dan ia telah menjawab persoalan yang saya inginkan. terima kasih. info yang bermanfaat yang dapat anda kongsikan bersama. =)

Anonymous said...

salam kak..bile boleh share tip menang ssp bsn tu..

Unknown said...

Tak jumpa pun post TIPS NAK MENANG CANUTAN BERTUAH SSP BSN ni? Boleh share link? Tq 😊

Anyway tahniah menangggg

Unknown said...

Susahnya nak menang 1juta.Orang kaya menang banyak duit beli sijil. Orang OKU macam saya sijil ssp pun tidak kenal

Unknown said...

Orang kaya boleh menang 1juta. Orang OKU macam saya susah sikit

Unknown said...

Saya pun baru nk try inshaAllah kalau ada rezeki dpt lah rm1 juta tu.hi..hi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome